Tuesday 4 June 2013

Tempat Kediaman (nota) : REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

1. Ruang tempat kediaman
a. maksud:
Rumah atau tempat tinggal merupakan keperluan asas manusia selain makanan dan pakaian.
b. fungsi:
sebagai tempat perlindungan daripada keadaan cuaca, ancaman dan keselamatan, sebagai tempat tinggal, sebagai tempat keluarga berinteraksi dan melakukan pelbagai aktiviti.
c. jenis dan fungsi ruang:
I. ruang sosial - tempat berehat dan berinteraksi (ruang rehat, ruang makan dan ruang tamu)
II. ruang kerja - tempat melakukan aktiviti  dan kerja-kerja harian (dapur, stor, garaj)
III. ruang persendirian - tempat berehat, membersih dan mengemas diri serta menyimpan wardrobe.

Sunday 23 December 2012

Takwim persekolahan 2013

Nampaknya tak sampai 10 hari lagi sekolah sesi 2013 dah nak tiba. Sekejap aje tahun 2012 ditinggalkan. Anak-anak pun menginjak usia setahun lagi. Diri sendiri juga tidak terkecuali.

Sejak masuk rumah baru di saujana utama sg. buloh ni, memang terasa perbezaan penat dulu dgn penat sekarang. syukur alhamdulillah, rezeki masing-masing Allah SWt yang tentukan. Anak dah empat, barulah ada rezeki masuk rumah baru sendiri. sebelum ni duduk rumah sendiri juga tapi rumah apartment, tingkat 3 pulak tu. manyak kurus woooooooo...

Nokia 100

Semalam beli telefon baru Nokia 100 sebab telefon lama rosak. Itupun lepas survey di tiga kedai telefon, ini yang paling murah dan bateri long lasting. Masa beli tu, hestitate nak pilih color biru atau pink atau hitam. Lastly, pilih warna pink la pulak....

Harga pameran RM 95, minta tawar dapat la RM 85. So far not bad. Ada radio, torch light, simple game, calculator dan i think worth it (berbaloi).

Diari 2013

Assalamualaikum. Hari ni cipta sejarah sebab aku try first time nak mula blog. Maklumlah, macam-macam hal urusan anak-anak, keluarga dan lain-lain menyebabkan aku  menangguhkan hasrat murni ini, huhuhuhu....

Tadi suami bagi diary 2013.Yahooooo, bestnya. Tak payah beli lagi tahun ni. TQ hunny. Kali terakhir ada diary ialah masa Form 3, lepas tu masuk Form 4 Form 5 dan sibuk nak hafal formula fizik kimia itu ini. Mana sempat