Tuesday, 4 June 2013

Tempat Kediaman (nota) : REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

1. Ruang tempat kediaman
a. maksud:
Rumah atau tempat tinggal merupakan keperluan asas manusia selain makanan dan pakaian.
b. fungsi:
sebagai tempat perlindungan daripada keadaan cuaca, ancaman dan keselamatan, sebagai tempat tinggal, sebagai tempat keluarga berinteraksi dan melakukan pelbagai aktiviti.
c. jenis dan fungsi ruang:
I. ruang sosial - tempat berehat dan berinteraksi (ruang rehat, ruang makan dan ruang tamu)
II. ruang kerja - tempat melakukan aktiviti  dan kerja-kerja harian (dapur, stor, garaj)
III. ruang persendirian - tempat berehat, membersih dan mengemas diri serta menyimpan wardrobe.